Thursday, June 30, 2011
Tahniah!Tahniah!Tahniah!
Ucapan tahniah ditujukan kepada adik Nurul Shahirah Sidek kerana cerpennya yang bertajuk 'Kegagalan bukan Penghalang' telah memenangi hadiah sagu hati dalam Pertandingan Menulis Cerita Pendek Kategori Sekolah Menengah Rendah sempena Hari Guru Peringkat Kebangsaan 2011.
Hadiah berupa cek bernilai RM200 telah disampaikan oleh GPK (1) SMK Mambau di pejabat sekolah. Sesungguhnya bakat yang ada janganlah dipersia-siakan. Teruskan gigih menulis karya-karya hebat pada masa hadapan. Jadikan kejayaan ini sebagai perangsang untuk muncul salah seorang penulis muda pada masa hadapan.
Sesungguhnya kejayaan ini pasti menjadi perangsang juga kepada rakan-rakan lain agar terus menulis cerpen dan kemudian bolehlah maju setapak lagi dalam penulisan novel pula.
Thursday, June 23, 2011
Memberi makna rangkai kata
1. Dewasa ini pelbagai jenis jenayah semakin menular di mana-mana sahaja.
2. Bajet yang diperuntukkan itu sangat bermakna dan membuktikan keprihatinan kerajaan
terhadap pasukan keselamatan negara.
3.Kekkwa juga banyak memberi insentif termasuklah menyediakan bantuan berbentuk dana
perfileman .
4.Usaha meningkatkan taraf kehidupan rakyat di luar bandar sentiasa menjadi agenda
utama kerajaan .
5.Hal ini demikian kerana pihak kerajaan sentiasa memantau dan mempelbagaikan usaha
ke arah meningkatkan industri pelancongan negara ini.
6.Sikap kebanyakan penduduk yang kurang melakukan senaman dan merokok
menambahkan risiko mendapat penyakit berkenaan.
7. Malaysia amat tersohor kerana memiliki iklim pelaburan yang kondusif.
8.Tujuan pengistiharaan ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat kepentingan memulihara dan memelihara warisan negara agar terus berkekalan dan menjadi warisan generasi akan datang.
9.Secara tuntas, kita berharap kedatangan pelancong ke Malaysia akan terus meningkat agar
ekonomi negara kita juga bertambah maju dan setiap rakyat Malaysia mendapat manfaat
dalam jangka masa panjang.
10.Ketiadaan sijil dan logo "Halal" akan memberikan kesan yang mendalam terhadap
sesebuah syarikat serta industri halal itu sendiri.
Tuesday, June 7, 2011
Secawan kopi dan Sebuku Roti Terakhir
Bahagian C
(40 markah)
Panjang karangan anda hendaklah lebih daripada 180 patah perkataan.
1.Sekolah anda telah mengadakan acara kejohanan olahraga tahunan. Gambarkanlah suasana
pada hari tersebut dari mula hingga akhir.
Tugasan 10
1. Anak-anak yang menghormati ibu bapa akan melahirkan keluarga bahagia. Tulis karangan tentang cara-cara menghormati ibu bapa.
Saturday, June 4, 2011
Secawan Kopi dan Sebuku Roti 4
Sistem Ejaan dan Imbuhan
Tugasan 7
Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
(1) Rancangan Malaysia Kesembilan memberi peluang kepada kontraktor kelas F untuk memperoleh tender membina infrastruktur negara.
(2) Pantauan dilakukan dari semasa ke semasa untuk memastikan kaki tangan syarikat itu menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
(3) Pihak Berkuasa Tempatan diarahkan supaya mensita premis-premis perniagaan yang tidak mempunyai permet yang sah.
(4) Pengajaran dan pembelajaran matapelajaran Sivik dan Kewarganegaraan kini memasukkan fasa kedua.
(5) Nenek kejutan apabila mendapati golongan tikar itu dimasuki seekor tikus.
(6) Beliau telah dijemput untuk membentang kertas kerja dalam seminar dan konvension yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.
kelarisan jualanya.
(8) Selepas bidang teknologi maklumat dan komunikasi, Malaysia kini pemberi fokus kepada aspek bio-teknologi.
(9) Kadang kala pihak polis terpaksa melakukan penyiasatan dalam jangka masa yang panjang sebelum dapat mengelasifikasikan sesuatu kes kematian yang dilaporkan sebagai kes bunuh atau kematian biasa.
10) Pembukaan pusat beli belah yang banyak memudahkan rakyat membelanja.
(11) Pesawat pengbom itu tertembak oleh pihak musuh sebaik-baik sahaja memasuki kawasan perang.
(12) Pendawai elektrik yang dilakukan tanpa mengikut peraturan yang betul telah menyebabkan berlakunya lintar pintas.
Tugasan 8
(Karangan Bahagian B)
Berdasarkan isi tentang keburukan merokok, huraikan pendapat anda tentang keburukan merokok. Panjang huraian anda hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.
Keburukan Merokok
- Membahayakan kesihatan
- Mendorong kepada penagihan dadah
- Mencemarkan persekitaran
- Membazirkan wang
Wednesday, June 1, 2011
Secawan Kopi dan Sebuku Roti 2
Tugasan 5
Bahagian A (i) : Ringkasan
(20 markah)
Baca petikan di bawah teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang punca-punca berlakunya keracunan makanan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Kes keracunan makanan terutamanya di sekolah semakin kerap disiarkan oleh media massa sejak akhir-akhir ini. Isu ini bukan suatu perkara yang baharu tetapi telah menjadi isu yang telah lama dibincangkan oleh pihak-pihak yang terlibat. Keracunan makanan boleh berlaku di mana-mana sahaja termasuk di rumah jika cara penyediaan makanan tidak dijaga dengan baik. Sekiranya tidak dirawat dengan serta-merta, seseorang yang mengalami keracunan makanan akan kehilangan air daripada badannya akibat muntah atau cirit-birit yang teruk. Jika terlalu serius, keadaan ini boleh melibatkan keracunan sistem saraf dan akhirnya membawa maut.
Sekiranya kita mengunjungi restoran atau gerai menjual makanan, kita akan dapat melihat pengendali makanan tidak mengambil berat tentang kebersihan ketika mengendalikan makanan untuk pelanggan mereka. Hal ini demikian kerana mereka menyediakan makanan dengan tangan yang kotor, kuku yang panjang, rambut yang tidak terurus dan tidak memakai pakaian yang sesuai.Yang lebih teruk lagi, apabila mereka menyentuh makanan yang telah siap dimasak secara langsung semasa menghidangkan makanan. Ada juga pemilik gerai yang menjual makanan, tidak menyediakan kemudahan pencuci tangan dan tandas yang sempurna sedangkan ramai pelanggan menggunakan tangan ketika makan di gerainya.
Persekitaran yang kotor menyebabkan berlakunya keracunan makanan. Sering kali kita dapat melihat longgokan sampah yang berbau busuk dan dihurungi oleh lalat di tepi gerai makanan dan kawasan perumahan. Lalat-lalat itu akan menghinggapi makanan yang terdedah di tempat-tempat tersebut. Selain itu, makanan yang berprotein tinggi seperti makanan laut boleh menyebabkan keracunan makanan jika tidak dimasak dengan sempurna. Penggemar sayur-sayuran juga mestilah berhati-hati kerana ada sayur-sayuran yang mungkin disembur dengan bahan kimia dan bahan beracun untuk mencegah serangga perosak. Semburan dengan kadar yang tinggi boleh menyebabkan keracunan makanan. Oleh itu, isu keracunan makanan dapat diatasi jika semua pihak melaksanakan peranan yang sewajarnya. Perkara yang paling penting, kita perlu mengutamakan kebersihan dalam apa-apa jua tindakan yang melibatkan makanan dan minuman. Tuntasnya, mencegah lebih baik daripada mengubati.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada ‘Keracunan Makanan’,
Dewan Siswa, Oktober 2007)
Bahagian A(ii): Pemahaman
(10 markah)
Berdasarkan petikan Bahagian A(i),jawab soalan-soalan berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
- Berikan maksud rangkai kata longgokan sampah.(2 m)
- Apakah yang akan terjadi kepada seseorang yang mengalami keracunan.( 4m)
- Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang perlu anda lakukan untuk mengelakkan keracunan makanan?(4 m)