.jpg)
.jpg)
minggu pertama persekolahan yang telah berlabuh meninggalkan kita. Cuba nilai sejauh mana ilmu telah anda gapai sepanjang minggu ini?
Menyambung cetusan hati saya yang lalu, tidak ada seorang guru yang bercita-cita untuk menggagalkan anak muridnya. Kata-kata itu sentiasa bersimpang-siur dalam cepu fikir saya selama seminggu persekolahan ini. Beberapa orang berkas murid saya yang menjadi rakan jaringan sosial "facebook" dan juga blog saya sering mengajukan pertanyaan tentang murid-murid saya tahun ini. Apa yang saya katakan kepada mereka saya perlu pertahankan tembok kesabaran saya.
Memerhatikan kerenah anak murid yang masih terbawa-bawa sikap lama semasa di tingkatan 4 cukup membuat diri saya benar-benar terkilan. Bagi murid tingkatan 5, sekarang bukan masanya ada membuang masa begitu sahaja. Jangan asyik mencari kesalahan cikgu. Anda perlu menyalahkan diri sendiri sebab cikgu bertindak sedemikian terhadap anda. Mengapa anda tidak cukup dewasa untuk membuat pertimbangan terhadap segala tindakan guru terhadap diri anda? Sehingga bila ada perlu menyalahkan guru?
Satu teguran ikhlas daripada saya, hentikan usaha untuk terus-menerus menganiaya guru anda. Sampai ke tahap itu anda sanggup melakukan tindakan terhadap guru yang bersungguh-sungguh inginkan anda berjaya. Saya tahu gerangan pelajar yang melakukan tindakan bodoh itu. Saya sempat menjeling murid itu apabila menyedari usahanya itu gagal. Senyuman terserlah di sebalik kelopak bibirnya, jelas pada pandangan mata saya.
Seminggu persekolahan telah melabuhkan tirainya. Nilailah diri anda sendiri sepanjang minggu lalu supaya minggu-minggu yang seterusnya membawa sinar dalam kehidupan anda.

No comments:
Post a Comment