.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Hari ini 28 hb Januari telah berlangsung Sukan Tara yang melibatkan pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5. Acara yang bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 10.30 pagi. Keletihan terpancar di setiap wajah yang telah bertungkus lumus menyumbangkan mata untuk rumah-rumah sukan masing-masing.
Sekalung tahniah kepada mereka yang telah berjaya.
Berpegang kepada prinsip "Sukan Untuk Semua", setiap murid diperlukan untuk menyertai empat acara sukan iaitu larian 100 m, 800m, lompat jauh dan lontar peluru.
Pujian harus diberikan kepada mereka yang telah menyumbangkan 2 mata bagi rumah sukan yang diwakili. Bagi yang tidak berjaya, janganlah berputus asa kerana apa yang penting ialah usaha bersungguh-sungguh yang telah anda pamerkan sepanjang sukan tara itu berlangsung.
No comments:
Post a Comment