Friday, January 22, 2010

Program Haluan Kerjaya Tingkatan 5 (Sesi 2)

Satu Program Haluan Kerjaya yang melibatkan pelajar dari kelas 5 Zuhal, 5 Marikh, 5 Uranus, dan 5 Pluto telah diadakan pada 22.1.1o (Jumaat) di dewan sekolah.

Program bawah kelolaan Unit Bimbingan dan Kaunseling ini banyak memberi manfaat kepada pelajar terutama dalam menentukan hala tuju mereka dalam menempuh alam pekerjaan.

Sesungguhnya segala usaha yang dilakukan walaupun dipandang remeh oleh sesetengah pelajar sebenarnya memberikan impak yang begitu besar kepada mereka. Tanpa disedari, mulai sekarang para pelajar perlu bersedia memikirkan kerjaya mereka pada suatu hari nanti. Jangan asyik ingin mengejar keseronokan kerana apa-apa yang dibentangkan dalam taklimat ini sepatutnya memberi kesan yang amat besar kepada pelajar.

Tahniah kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling SMKUR kerana menganjurkan program sebegini. Mungkin nanti, pihak penganjur boleh juga menjemput pegawai perhubungan awam dari Institut Latihan Perindustrian(ILP) atau Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) dalam memberi penerangan tentang peluang kerjaya melalui institut ini. Selain itu, boleh sekiranya dijemput orang awam yang pernah belajar di institut ini untuk menceritakan pengalaman kerjaya mereka, tentu menarik bukan.

















No comments:

Post a Comment