Sunday, March 7, 2010

Menunggu Kata Dari Tuhan


Pertama kali dalam sejarah, saya menyaksikan sebuah teater yang pelakonnya hanya seorang. Pelakon yang saya maksudkan ialah Sabri Yunus. Teater yang diadaptasikan daripada sebuah hadis ini telah disampaikan oleh Sabri Yunus secara monolog. Lakonan mantap yang dibawa berdasarkan kisah seorang sahabat nabi yang tidak bersama-sama
Rasululullah S. A. W berperang. Rasa bersalah dalam diri begitu memuncak sehingga rasa bersalah itu sentiasa membelenggu dirinya saban hari sehingga hari yang ke-50.

Teater penuh emosi ini diiringi oleh gesekan biola Sani Sudin yang menganggap dirinya sebagai langsir sebuah rumah. Keindahan gesekan biola yang pelbagai nada dan cara itu benar-benar menghidupkan penceritaan yang disampaikan secara monolog oleh pelakon hebat ini. Satu penghayatan watak yang begitu hebat.

Pertama kali teater ini juga telah dipersembahkan di masjid. Teater yang mengambil masa 45 minit ini mampu memberikan keinsafan kepada kita supaya sentiasa bercakap benar dan selalulah mendampingi hadis-hadis sahih Rasulullallah.

Tahniah kepada SMKAP kerana telah melakar sejarahnya sendiri kerana pertama kali membawa persembahan teater di Rembau ini. Menurut pengarah teater ini iaitu saudara Dinsman, teater ini telah dipentaskan sebanyak 31 kali.

Teater juga boleh diangkat satu wadah dalam mendidik jiwa anak-anak dalam penyuburan benih kecintaan terhadap Rasulullah S.A.W.


No comments:

Post a Comment