Abdul Razak bin Husin

Perjalanan guru biasa yang berfikir secara luar biasa...

Tuesday, April 20, 2010

Apa sebenarnya...

Saban waktu saya tidak jemu-jemu melafazkannya walaupun kata-kata nasihat itu dianggap sampah oleh segelintir pelajar. Berfikir secara positif akan menyelamatkan jiwa anda dari terus memberontak. Kalau perlu berubah...berubahlah dari sekarang. Jangan ikut perasaan. Terlalu emosional kadang-kala merugikan. Ingatlah SPM perlu sentiasa mengitari ruang minda anda supaya persediaan sesempurna perlu dilakukan. Jagalah adab dengan guru anda dan segeralah meminta maaf sekiranya ada melakukan kesalahan kepada mereka. Rasa ego perlu diruntuhkan agar jiwa anda lebih tenang dan selesa menghadapi pelajaran. Semoga ilmu yang dicurahkan terus berkat dan diredai-Nya.

Fikirkanlah... apa sebenarnya yang anda cari?
Abdul Razak Bin Husin at 2:51 AM

No comments:

Post a Comment

‹
›
Home
View web version

Profil

My photo
Abdul Razak Bin Husin
Seorang guru Bahasa Melayu di Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban Jaya 2 Seremban Negeri Sembilan
View my complete profile
Powered by Blogger.