Projek Komik @Buku Cerita Bergambar
(Adaptasi daripada Teks Cerpen dan Prosa Tradisional (Harga Remaja)
(Adaptasi daripada Teks Cerpen dan Prosa Tradisional (Harga Remaja)
Pagi ini selaku ketua editor SSS, saya meminta setiap editor projek berkenaan membentangkan projek masing-masing. Nampak kesungguhan setiap kumpulan dalam melaksanakan projek yang telah ditetapkan. Inisiatif yang ditunjukkan cukup membanggakan saya selaku ketua editor. Seronok melihat kerjasama dan komitmen yang ditunjukkan oleh setiap ahli kumpulan. Harapan saya selewat-lewat hari Isnin ini, editor kumpulan dapat menyerahkan projek mereka kepada saya untuk penilaian selanjutnya. Tahniah kepada semua kumpulan. Anda berhak diberi penghargaan.
Tahniah.... kerana berjaya mewujudkan Projek Komik @ Buku Cerita Bergambar untuk pelajar-pelajar yang kreatif... Guru yg mempunyai kepakaran begini lah yang diperlukan untuk menggilap bakat anak-anak didik yang berminat....
ReplyDeleteTajuk: Gurindam Jiwa --- menggambarkan seorang individu yang kreatif, banyak berimaginasi,berminat dengan keseniaan, karyawan,peka dengan persekitaran dan sangat sensitif....
ReplyDeleteKomik dan novel bergambar menggalakkan pelajar membaca. Jika sdr berkesempatan dapatkan siri penyiasat ekstrovert, novel saya yang digabungkan komik dan tulisan.
ReplyDelete