Pesta Buku Negeri Sembilan
Tahniah juga diucapkan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan dengan kerjasama Jawatankuasa Gerakan Membaca Negeri Sembilan yang telah menganjurkan Pesta Buku Negeri Sembilan 2010 di sebuah pusat membeli belah yang terkenal di Seremban2 dengan tema “Bangsa Membaca Malaysia Berjaya.” Pesta Buku Negeri Sembilan telah berlangsung pada 6 Julai dan berakhir pada 11 Julai. Saya sempat berkunjung ke Pesta Buku itu pada 7 Julai untuk bertemu dengan penulis yang cukup saya kagumi karyanya iaitu Tuan Abdul Latip bin Talip atau lebih mesra dikenali dengan panggilan Pak Latip. Antara tujuan pertemuan ini adalah untuk menyerahkan kertas kerja pelancaran buku terbaru beliau yang bertajuk Perang Badar dan Khalifah-Khalifah Yang Benar. Pelancaran yang bakal mencatat sejarah yang tersendiri kerana akan diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Rembau pada 21 Julai 2010.
No comments:
Post a Comment