Program Jom Baca
Sasterawan Negara ke-10, Datuk Dr. Anwar Ridhwan(Dewan Masyarakat, Jun 2005) antara lain berkata, " Jika kita mahu tradisi membaca ini hidup serta kukuh dalam masyarakat kita harus bermula daripada peringkat kanak-kanak dan kesannya dapat dilihat dalam tempoh 10-20 tahun yang akan datang".
Program membaca perlu dilaksanakan sepanjang masa dan bukan hanya bulan-bulan tertentu sahaja justeru program 'Jom Baca' yang dijalankan selama 40 minit menjadi titik tolak supaya amalan murni ini dijadikan budaya dalam kehidupan seharian.
Majalah Dewan Siswa, Dewan Pelajar, e-Siswa(sudah diberhentikan penerbitannya) serta Fokus menjadi wahana untuk memupuk budaya membaca di sekolah. Franklin Benjamin Sanborn pernah menyatakan orang yang membaca beberapa buah majalah yang bermutu tinggi dapat belajar lebih banyak dalam waktu satu tahun yang digunakan oleh seorang mahasiswa yang belajar di perpustakaan yang besar.
Saya amat berharap program 'Jom Baca' yang dijalankan hampir 5 bulan ini akan memberi impak untuk jangka masa panjang murid-murid agar amalan ini terus membugar walaupun sudah meninggalkan alam persekolahan.

No comments:
Post a Comment