Wednesday, May 25, 2011
KARANGAN BAHAGIAN B
Cara-cara Mengatasi Kesesakan Jalan Raya
Kesesakan jalan raya sering berlaku di Malaysia. Oleh itu,pelbagai langkah efektif perlu bagi menangani isu berkaitan.
Antaranya adalah dengan bekerjasama dengan pelbagai pihak bagi meningkatkan mutu perkhidmatan awam seperti bas. Pihak pengurusan bas perlu membaik pulih kerosakan serta menambah pendingin hawa di dalam bas. Dengan ini, orang yang menaiki bas akan berasa lebih selesa ke destinasi yang ditujui.
Selain itu, kerajaan perlu melaburkan wang untuk membaiki sistem lalu lintas seperti membaiki lampu isyarat yang tidak berfungsi dan membaik pulih jalan yang rosak. Hal ini demikian kerana berpunca daripada masalah kerosakan sistem lalu lintas.
Seterusnya, amalan berkongsi kereta hendaklah diamalkan .Hal ini demikian kerana, amalan ini dapat mengurangkan jumlah kereta di jalan raya serta dapat mengurangkan kesesakan jalan raya.
Kesimpulannya, sifat bertolak ansur dan bantu-membantu hendaklah ditanam dalam diri kita agas isu ini dapat ditangani segera.
Nur Farahana Binti Hamir
3 Arif
Cara-Cara Mengatasi Kesesakan Jalan Raya
Mutakhir ini,negara kita sering dilanda isu kesesakan jalan raya, terutama sekali pada waktu puncak di setiap simpang jalan yang mempunyai lampu isyarat.
Terdapat beberapa cara untuk mengatasi masalah tersebut, antaranya ialah pihak kerajaan mestilah meningkatkan mutu perkhidmatan awam seperti bas dan teksi. Oleh itu, penduduk setempat kurang menggunakan kenderaan sendiri. Dengan ini, jumlah kenderaan akan berkurangan di setiap jalan raya.
Selain itu, pihak kerajaan juga mestilah membaiki sistem lalu lintas seperti melebarkan jalan raya dan membina jalan raya bertingkat. Oleh itu, jalan raya akan menjadi kurang sesak dengan bantuan sistem tersebut.
Akhir sekali, penduduk setempat boleh mengamalkan amalan berkongsi kereta. Oleh itu, amalan ini apat menjimatkan kos bagi tambang selain dapat mengurangkan kesesakan jalan raya.
Kesimpulannya, cara-cara mengatasi kesesakan jalan raya di atas merupakan cara yang paling efektif pada zaman globalisasi ini.
Oleh:
Mohd Nor Hizwan bin Johari
3 Gemilang
No comments:
Post a Comment