LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN
Pada zaman ini, pihak
kerajaan membuat pelbagai rancangan
demi memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat. Terdapat pelbagai langkah
untuk memupuk perpaduan.
Antara langkah memupuk
perpaduan ialah kita perlu mengadakan aktiviti gotong-royong yang melibatkan
berbagai-bagai kaum. Aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara
masyarakat serta dapat mengisi masa lapang bersama-sama
mereka, ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Selain itu, menyambut perayaan kaum lain juga dapat memupuk perpaduan
dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana, kita dapat mengenal dan
menghormati adat resam dan budaya kaum berkenaan.
Di samping itu, acara
sukaneka mesti dianjurkan pada setiap tahun. Hal ini demikian
kerana, aktiviti ini dapat memupuk semangat tolong-menolong dan bekerjasama
dalam masyarakat. Perpaduan dapat ditingkatkan selain masyarakat dapat bertukar-tukar
pandangan serta dapat mengenali antara
satu sama yang lain.
Kesimpulannya, perpaduan
amat penting dalam kehidupan manusia. Setiap warga Malaysia perlu mengembleng
usaha demi memupuk perpaduan kerana bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
LATIHAN:
a.
Senaraikan tiga isi penting petikan karangan
di atas.
b.
Senaraikan
peribahasa yang ditemukan dalam teks di atas.Berikan makna peribahasa
tersebut.
c.
Memberi makna rangkai kata.
i.
Berikan maksud rangkai kata pelbagai
rancangan.
ii.
Berikan maskud rangkai kata masa
lapang.
iii.
Berikan maksud rangkai kata mesti
dianjurkan.
No comments:
Post a Comment