Destinasi kedua lawatan berlabuh pula ke Kompleks Kraf Kuala Lumpur di Jalan Conlay, Kuala Lumpur. Dengan berlangsungnya Hari Kraf Kebangsaan 2010 (HKK) yang bermula pada 24 Februari dan akan melabuhkan tirainya pada hari ini iaitu 8 Mac 2010 begitu mengujakan peserta rombongan. Aneka kraf yang meliputi hasil rimba, seramik, tekstil, sulaman, songket, tenunan dan tekatan menjadi tunggak pameran selama 2 minggu ini. Pengunjung tak putus-pututs bertali arus mengunjungi setiap tapak. Lenguh juga sendi-sendi apabila menjengah gerai-gerai pameran. Senyuman manis sering dilemparkan oleh usahawan setiap kali menyapa pengunjung yang tiba di gerai mereka.
No comments:
Post a Comment