PENDAHULUAN KARANGAN BAHAGIAN C
Kepentingan Memelihara Tempat-Tempat Bersejarah
Kita sedia maklum, Malaysia merupakan
destinasi pelancongan yang
menarik perhatian pelancong tempatan atau pelancong dari luar negara. Sektor pelancongan
patut diberikan perhatian oleh semua pihak. Sehubungan dengan itu, kerajaan
wajarlah memelihara tempat-tempat bersejarah seperti di Melaka dan di
Pulau Pinang. Terdapat pelbagai kepentingan memelihara tempat-tempat bersejarah tersebut.
Kepentingan Sukan
Sukan merupakan
aktiviti yang berfaedah. Antara sukan yang popular di Malaysia ialah badminton,
bola sepak, skuasy dan sepak takraw.Oleh
itu, dasar 1 Murid 1 Sukan amat dititikberatkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Terdapat beberapa kepentingan sukan kepada kita.
Kepentingan
Komputer dalam Kehidupan
Sejak
belakangan ini, penggunaan komputer dalam kehidupan adalah sangat penting.
Penggunaan komputer semakin meluas dalam urusan seperti pekerjaan dan
pendidikan. Kempen 1 Keluarga 1 Komputer perlu dilaksanakan bagi mencapai
hasrat murni ini. Terdapat beberapa kepentingan komputer dalam kehidupan.
Cara-cara Mencegah
Penyakit Berjangkit
Sejak belakangan ini, penyakit berjangkit sering melanda negara
kita. Antara contoh penyakit berjangkit ialah HINI, selesema burung, dan demam
denggi. Kerajaan perlu mengambil
tindakan segera bagi menanggani isu ini agar tidak terus mencetuskan
kebimbangan dalam kalangan masyarakat.
Terdapat pelbagai cara bagi mengatasi masalah ini.
Kelebihan
Pengangkutan Awam
Pengangkutan awam amat
penting dalam kehidupan masyarakat pada masa ini. Antara contoh pengangkutan
awam yang popular ialah bas, teksi, monorel dan komuter. Kebiasaannya,
pengangkutan ini digunakan oleh pekerja atau murid sekolah yang tidak memiliki
kenderaan sendiri. Terdapat beberapa kelebihan menggunakan pengangkutan awam
ini.
No comments:
Post a Comment