Amalan Bergotong-royong
Dapat Mengeratkan Hubungan Kekeluargaan
Menurut Kamus
Dewan edisi keempat, definisi keluarga ialah seisi rumah tangga yang terdiri
daripada suami dan isteri atau berserta anak-anak. Pelbagai aktiviti yang
berfaedah dapat dilakukan bersama dengan keluarga pada hujung minggu. Ibu bapa sebagai tunggak dalam keluarga perlu
memainkan peranan masing-masing bagi
menyemarakkan aktiviti gotong-royong di rumah. Seperti mana kita sedia maklum,
aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Untuk makluman, amalan gotong-royong merupakan pembelajaran
secara tidak formal di rumah. Hal ini demikian kerana, ibu bapa dapat
memberi tunjuk ajar kepada anak-anak
mereka tentang cara membersihkan kawasan rumah. Sebagai contoh, cara untuk
menyapu sampah, membersihkan longkang atau cara menanam pokok. Secara tidak
langsung, amalan ini boleh melahirkan rasa hormat-menghormati antara satu sama
lain. Maka, sekiranya amalan ini diteruskan akan dapat melahirkan keluarga
bahagia.
Bukan itu
sahaja, amalan gotong-royong dapat melahirkan kemesraan sesama dengan ahli keluarga. Hal ini dapat dilakukan
terutamanya pada musim perayaan. Dengan cara ini, kita dapat berkumpul dan
bekerjasama untuk membersihkan kawasan rumah. Tegasnya, sekiranya amalan ini
diteruskan, kita dapat merapatkan silaturahim antara ahli keluarga. Pernyataan ini dapat dikaitkan dengan
peribahasa berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Di samping itu,
amalan gotong-royong dapat memupuk rasa tanggungjawab dalam kalangan keluarga.
Hal ini demikian kerana, setiap ahli keluarga telah diberi tanggungjawab untuk
menjalankan aktiviti yang telah ditetapkan sebelum sesuatu aktiviti itu
dilaksanakan. Sebagai contoh, ahli keluarga yang ditugaskan membersihkan
longkang akan melaksanakan tugas yang telah diamanahkan semasa gotong-royong.
Oleh itu, amalan bekerjasama seperti aur dengan tebing akan menjadi amalan
dalam keluarga.
Secara
tuntasnya, amalan gotong-royong haruslah dipraktikkan oleh semua ahli keluarga supaya amalan ini dijadikan aktiviti
rutin pada setiap hujung minggu. Selain itu, pihak media massa perlu memainkan
peranan masing-masing dengan menyiarkan aktiviti kekeluargaan ini agar dapat
menarik minat ibu bapa untuk melaksanakan aktiviti ini di rumah mereka.
Sangat berguna untuk pelajar����
ReplyDeleteSangat berguna untuk di jadikan bahan rujukan
ReplyDelete👍
ReplyDelete