DETIK-DETIK KEJAYAAN…
SAHIBBA- SMK MAMBAU TERUS
MELAKAR SEJARAH
Dalam apa-apa
jua pertandingan, latihan yang berterusan
amat diperlukan sehingga terpaksa mengorbankan banyak waktu dan tenaga. Saya selaku guru yang telah diberikan kursus dalam permainan Sahibba dan penghakiman telah
diminta menghadiri diri dalam mesyuarat bagi Zon Tengah di Kuala Lumpur. Nama saya
telah dihantar ke PPD untuk dicalonkan bagi mengikuti kursus berkenaan. Saya
sememangnya suka sesuatu yang baru dan mencabar.
Kursus selama 2
hari 1 malam ini cukup menyenangkan dan
menyeronokkan apatah lagi diadakan dalam keadaan yang begitu santai. Sekurang-kurangnya
dapat juga mengurangkan stres di dalam kelas. Kursus banyak dikendalikan oleh
Encik Azhar Salleh yang merupakan guru yang bertanggungjawab dalam memperkenalkan
Sahibba edisi Bahasa Melayu ini. Menurut
Encik Azhar, program ini telah dilaksanakan pada tahun lepas namun atas
sebab-sebab beberapa kekangan, pertandingan peringkat kebangsaan tidak dapat
dijalankan malah ada negeri yang tidak mengadakan pertandingan di peringkat
negeri termasuklah negeri beradat ini!
Beliau juga telah dilantik oleh pihak Dewan
Bahasa dan Pustaka bagi mengendalikan bengkel dan simulasi permainan ini. Nama beliau seperti biasa saya dengar dan benarlah
telahan saya bahawa beliau merupakan seorang penulis jemputan untuk majalah
Dewan Pelajar. Beliau juga ialah seorang Munsyi Dewan yang dilantik secara
rasmi oleh DBP.
Terus terang
saya katakan, sepanjang kursus, kami amat teruja dan bersemangat. Aktiviti banyak diisi dengan aktiviti permainan dan penghakiman. Pada mulanya agak kelam-kabut kerana
masing-masing masih baru dengan permainan ini namun akhirnya segala masalah
dapat diatasi secara perbincangan bersama dengan Encik Azhar. Saya amat
beruntung kerana dalam kumpulan kami ada guru yang sudah berkursus pada tahun
lepas. Maka, segala masalah dirujuk terus dengan cikgu berkenaan.
Saya juga telah
memberi 5 set permainan Sahibba dengan menggunakan duit saku sendiri. Harganya
RM150.00 telah dijual oleh Syarikat Permainan Malaysia (SPM) Khabarnya
permainan Sahibba edisi sekolah ini tidak dijual di pasaran terbuka. Saya nekad
membelinya memandangkan sebaik-baik sahaja pulang berkursus, saya akan membuat
pemilihan peserta di peringkat sekolah . Hal ini perlu dilakukan kerana sejak
awal-awal lagi saya sudah menetapkan matlamat tinggi agar peserta dari SMK
Mambau ini akan menyerlah ke peringkat
kebangsaan. Itulah hasrat saya sejak awal sebelum berkursus lagi. SMK Mambau
bakal menggegar setelah sekolah kami muncul juara dalam Pertandingan Perbahasan
Peringkat Seremban 2 malah berjaya menumbangkan SMK Puteri di peringkat akhir. Seperti tidak percaya, malah itulah
hakikatnya.
Sebaik-baik
sahaja pulang dari berkursus, pada hari yang berikutnya pemilihan peserta
dilakukan. Saya menyerahkan tugas ini kepada Puan Noor Azila bagi memaklumkan kepada murid khususnya
murid-murid tingkatan 2. Rasanya rugi pemilihan dibuat dalam kalangan tingkatan
3 yang pasti terlalu sibuk untuk menghadapi Penilaian Menengah Rendah (PMR). Tumpuan
mereka tentu akan tersasar lagipun sekiranya pemilihan dibuat dalam kalangan
tingkatan 2, peserta berkenaan masih boleh terlibat pada tahun berikutnya namun
hal ini bergantung pada persetujuan mereka juga.
Alhamdulillah,
seramai 12 orang peserta akhirnya telah menjalankan sesi pemilihan yang memakan
masa hampir 2 minggu. Akhirnya saya dan Puan Noor Azila telah memutuskan untuk memilih tiga peserta
terbaik iaitu Muhammad Afiq Mirza bin Razak, Nor Iskandar bin Kassim dan Mohd Alif Najmi . Ketiga-tiga orang pelajar
ini dari kelas 2 Gemilang Markah
ketiga-tiga peserta ini telah dicatat di atas borang yang kami sediakan setiap
kali latihan diadakan. Perkataan yang dibentuk juga kami pantau dalam membuat
pemilihan di peringkat akhir.
Apabila pertandingan di peringkat daerah
semakin hampir justeru sesi latihan bermula pada awal pagi lagi iaitu pada
pukul 7.20 pagi sehingga pukul 8.20 pagi dan kadangkala berlanjutan pada pukul
9.00 pagi. Kesungguhan mereka amat saya puji. Mereka bertiga begitu gigih menjalani latihan saban hari
sehingga pertandingan bermula.
Latihan juga diadakan pada setiap hari Rabu
bermula pada pukul 3.30 petang hingga 4.30 petang setiap masa kokurikulum. Pada
cuti penggal pada bulan Mac juga diadakan sesi latihan selama empat hari.
Latihan pada hari Isnin hingga Khamis bermula pada pukul 8.00 pagi hingga pukul
10.00 pagi. Dalam masa yang sama, latihan kawad untuk skuad Pengakap juga
diadakan pada hari dan waktu yang sama. Amat mencabar kerana saya perlu menguruskan kedua-dua pertandingan tersebut. Mengapa empat hari sahaja? Untuk
makluman, hari Jumaat hingga hari Isnin saya berada di luar kawasan. Saya
berkembara secara solo di Medan, Indonesia. Saya perlu bercuti juga.
Sehari sebelum pertandingan, pihak Pengetua
memberi kebenaran kepada peserta supaya sesi latihan bermula seawal pukul 7.30
dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Sokongan para guru dan pihak
pengurusan juga menjadi pemangkin kejayaan kami.
Usaha yang tidak
mengenal putus asa ini akhirnya membuahkan hasil. Dalam pertandingan peringkat daerah
bagi Seremban 2 yang diadakan pada 25 April 2012 di SMK Cempaka, Nilai, dua
peserta dari SMK Mambau terus membuktikan bahawa mereka telah melakar sejarah
baru. Muhammad Afiq Mirza dan Nor Iskandar Kassim telah bersaing sesama sendiri
di peringkat akhir. Dua orang peserta lain yang bersaing dari SMK Bukit Mewah
dan SMK Puteri. Akhirnya keputusan diperoleh, Muhammad Afiq Mirza muncul juara
manakala Nor Iskandar Kassim berjaya memperoleh tempat keempat. Hal ini
bermakna dua orang peserta sekolah kami berjaya ke peringkat negeri.
Saya
menyampaikan berita gembra ini kepada Puan Noor Azila yang juga telah banyak
meluangkan masa dan tenaga untuk melatih peserta ini. Beliau juga kadangkala
telah bersama-sama mereka semasa sesi
latihan dijalankan. Tanpa usaha beliau, pasti kejayaan ini tidak dapat dicapai.
Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Puan Noor Azila yang sanggup hadir
pada hari Sabtu bersama dengan anak-anaknya semata-mata untuk bersama dengan
peserta Sahibba ini.
Latihan semakin
giat dijalankan memandangkan kedua-dua layak ke peringkat negeri. Setiap hari
saya tanamkan dengan kata-kata semangat agar mereka menempatkan diri ke peringkat
kebangsaan. Jangan memandang ke
belakang, teruskan berlari sehingga ke garisan penamat. Itulah kata semangat
yang sering saya dendangkan ke telinga mereka. Saya juga ingin mengucapkan
terima kasih kepada Muhd Alif Najmi walaupun tidak terpilih namun tetap
memberikan saingan semasa sesi latihan dijalankan.
Tiba-tiba saya
telah menerima surat pelantikan sebagai
hakim Sahibba di peringkat negeri. Saya meneliti nama-nama dalam senarai yang
dilampirkan. Rupa-rupanya semua guru yang telah berkursus di Kuala Lumpur
tempoh hari telah dilantik sebagai hakim. Pelik, saya langsung tidak terlibat sebagai hakim di
peringkat daerah dan tiba-tiba nama saya tersenarai sebagai hakim pula.
Sehari sebelum
pertandingan, kami dipanggil untuk bermesyuarat di SMK Lui Barat, lokasi
berlangsungnya pertandingan Sahibba tersebut. Dalam mesyuarat ini, taklimat sekali lagi
diadakan dan beberapa penambahbaikan dari segi penghakiman turut dilakukan. Hal
ini dapat mengelakkan beberapa kekeliruan yang timbul semasa pertandingan di
peringkat daerah dahulu.
Sebagai
pertandingan yang baru diperkenalkan sudah tentu terdapat beberapa
ketidaksamaan dan kekeliruan dari segi
penghakiman telah berjaya diselesaikan. Saya sendiri juga telah mendapat
beberapa penjenihan dari segi penghakiman dan permainan. Simulasi pertandingan
turut diadakan pada hari tersebut bagi memastikan pertandingan esok berjalan
dengan lancar.
Selaku hakim
seboleh-bolehnya saya perlu bersikap berkecuali. Muhammad Afiq Mirza gagal ke peringkat akhir
dan hanya berjaya ke peringkat separuh akhir. Saya dimaklumkan bahawa Nor
Iskandar telah berjaya ke peringkat akhir. Tetapi ketika senarai nama peserta
dibacakan oleh pengacara majlis, nama Nor Iskandar tercicir daripada senarai.
Sebelum itu saya telah diberikan ucapan tahniah
kerana peserta dari sekolah saya mara ke peringkat akhir. Saya tergamam, saya
ketika itu sedang mengadili pertandingan akhir peringkat sekolah rendah terus
hilang tumpuan. Mujur ketika itu saya hanya bertindak sebagai hakim kedua. Saya
ditugaskan merujuk perkataan yang dibina oleh peserta sekiranya ada peserta
yang mencabar perkataan tersebut. Saya mendapat panggilan telefon daripada Puan
Noor Azila untuk membuat bantahan. Saya menoleh ke arahnya dan saya melihat
kelibat Nor Iskandar yang kegelisahan. Rona wajahnya tercerna perasaan kurang
berpuas hati. Saya meminta seorang rakan menggantikan tempat saya buat seketika
lalu ke belakang ruang peserta. Pada mulanya saya agak keberatan untuk berjumpa
pihak urusetia namun setelah didesak oleh Puan Noor Azila saya terus ke meja
urusetia. Ternyata kesilapan telah berlaku, pengacara tersilap memanggil nama
peserta ke peringkat akhir. Lalu, pertandingan yang telah berlangsung selama
hampir 30 minit terpaksa dibatalkan.
Alhamdulillah,
Nor Iskandar berjaya muncul sebagai pemenang tempat kedua di peringkat negeri. Saya mendapat khabarnya, peserta yang mewakili
Negeri Sembilan di peringkat kebangsaan telah berjaya muncul naib johan.
Nor Iskandar (atas) dan Muhammad Afiq Mirza (bawah)semasa beraksi di peringkat negeri
Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
ReplyDeleteJika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.
Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)