CONTOH KARANGAN CEMERLANG
BAHAGIAN A
Contoh 1
Dewasa ini, kita acapkali diberitakan perihal senario remaja masa ini yang kurang mempunyai semangat patriotik. Hal ini adalah sangat membimbangkan kerana remaja disandarkan harapan untuk memacu pentadbiran negara kelak. Tanpa semangat patriotik akan pincanglah kepimpinan negara, dan hal ini boleh mengakibatkan berlaku penjajahan bentuk baru daripada masyarakat asing yang tidak berlaku secara realiti, sebaliknya, mereka menjajah mentaliti dan jiwa masyarakat. Hal ini jika dibiar berleluasa akan menjadi ‘duri dalam daging’ yang bertindak seperti pembunuh senyap, merosakkan kemerdekaan negara yang telah dikecapi hasil perjuangan masyarakat dan pemimpin terdahulu.
Pelbagai cara boleh dilakukan bagi mengekang masalah kurangnya semangat patriotik dalam kalangan remaja hari ini. Satu langkah yang telah diperkenalkan oleh kerajaan ialah Program Latihan Khidmat Negara. Program ini yang dijalankan bagi remaja lepasan Sijil Pelajaran
Selain itu, pendekatan mendidik mentaliti remaja supaya menghargai kemerdekaan agar mereka dapat menerapkan semangat patriotik juga wajar diberikan perhatian. Usaha ini bole dilakukan melalui penglibatan remaja dalam aktiviti bulan kemerdekaan. Dalam konteks ini, pelbagai pihak iaitu institusi pendidikan seperti sekolah dan universiti, seharusnya memainkan peranan utama. Pelajar-pelajar sekolah serta mahasiswa universiti seharusnya diberi galakan menyertai aktiviti bulan kemerdekaan agar mereka dapat memahami erti kemerdekaan dan seterusnya dapat menerapkan semangat patriotik dalam jiwa mereka. Pendekatan ini seharusnya digunakan seawal usia kanak-kanak di bangku sekolah rendah lagi kerana kalau hendak ‘melentur buluh biarlah dari rebungnya’, Kanak-kanak juga digalakkan menyertai aktiviti bulan kemerdekaan ini, diharapkan membesar sebagai tenanga, dan anggota masyarakat yang berjiwa patriotik.
Kerajaan melalui badan-badan tertentu seharusnya memberi penerangan dan maklumat berteraskan patriotisme kepada rakyat. Hal ini boleh direalisasikan melalui pelbagai cara iaitu melalui media cetak dan elektronik seperti penerbitan dokumentari, rencana, iklan dan filem berteraskan patriotisme.Selain itu, usaha yang boleh dijalankan untuk mengumpul khazanah dan artifak semasa perjuangan menuntut kemerdekaan serta membina muzium bagi memperinganti dan memberikan maklumat yang tepat kepada pengunjung khususnya remaja untuk menghargai, memahami dan mendalami erti kemerdekaan, serta mengenali dan menghargai tokoh-tokoh yang berjasa kepada negara kita.
Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu memainkan peranan aktif dalam menjanakan semangat patriotik dalam kalangan remaja. Remaja seharusnya digalakkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dapat mendidik mereka menjiwai semangat patriotik supaya akan dewasa menjadi golongan bakal pemimpin negara yang cemerlang, gemilang , terbilang serta mampu membawa
No comments:
Post a Comment