TINGKATAN 1
1. Tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.
Tempat berlakunya sesuatu peristiwa pahit lagikan dikenang inikan pula tempat berlakunya peristiwa manis.
2. Tangan terbuka
a. Suka menolong orang yang dalam kesusahan, murah hati.
b. Dengan tangan terbuka = ikhlas atau suka hati (menerima sesuatu dll).
3. Besar hati
a. Bangga, gembira
b. Bongkak, sombong
4. Bulat hati
a. Lurus hati
b. Tegap (teguh) hati, sungguh-sungguh
5. Buah tangan
a. Hasil pekerjaan
b. barang yang dibawa daripada perjalanan, oleh-oleh
6. Ringan mulut ( lidah )
a. Peramah, lancar dan fasih tutur katanya, suka bercakap.
b. Suka cerewet (banyak mulut)
7. Tajam akal
Mudah menangkap sesuatu atau mengerti, pintar, cerdik.
8. Ambil (mengambil) berat
Memberikan perhatian (minat, layanan) yang istimewa (kepada atau terhadap sesuatu atau seseorang).
9. (Bagai) layang-layang putus tali
Sudah putus harapan (bergantung pada nasib)
10. Bagai (seperti) cincin dengan permata
Sama padan, cocok benar
11. Bagaimana acuan begitulah kuihnya
Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya kerana faktor baka (bapa borek anak rintik).
12. Bagai minyak dengan air (minyak dengan air adakah bercampur)
Orang bermusuhan atau yang tidak sehaluan mustahil dapat dicampurkan jadi satu.
13. Bagai murai dicabut ekor
Perempuan yang suka bercakap banyak.
14. Bagai pucuk (enau) dilancarkan (diluncurkan)
Sangat laju atau luncur perginya
15. Seperti lipas kudung
Selalu bergerak dengan cepat (pantas lagi cekap membuat kerja).
- Putus asa
Habis harapan (tiada ada harapan lagi).
- Berpeluk tubuh
Berdakap tubuh = berdakap tangan = tidak bekerja, tidak membuat apa-apa.
- Hancur hati
Sedih, putus asa.
- Tali barut
Orang yang menjadi ampama (penyampai rahsia dll) orang lain, barua.
- Bagai anjing buruk kepala (kepala busuk)
Orang yang telah diketahui kejahatannya ke mana ia pergi dihinakan orang juga.
- Mencari akal
Berusaha mendapat cara untuk mencapai tujuan.
- Baik berjagung-jagung sementara (padi belum masak) menanti padi masak
Sementara menunggu sesuatu yang lebih baik, yang kurang baik pun boleh dipakai dahulu.
- Alah bisa tegal (kerana) biasa
Segala kesudahan tidak akan terasa lagi sesudah biasa.
- Indah khabar daripada rupa
Khabar mengenai satu-satu perkara biasanya dilebih-lebihkan (daripada keadaan yang sebenarnya).
- Sudah terhantuk baru terngadah (tengadah)
Sesudah terkena (mendapat kesusahan dll) baru beringat-beringat.
- Jauhari juga yang mengenal manikam
Hanya orang yang bijak sahaja yang mengetahui tentang keelokan ilmu.
- Ukur baju di badan sendiri
Tiap-tiap pekerjaan itu hendaklah dipilih sesuai dengan kebolehan kita.
- Baik membawa resmi padi daripada membawa resmi lalang (baik membawa resmi padi, jangan
membawa resmi lalang)
Seperti buah padi, makin berisi makin rendah, jangan seperti lalang, makin lama makin tinggi = seperti
ilmu padi, kian berisi kian tunduk = semakin berilmu atau tinggi pangkat semakin merendahkan diri
(tidak sombong).
- Diam-diam ubi berisi, diam-diam besi berkarat (diam ubi lagi kental, diam besi lagi sentil = bukannya diam penggali berkarat, melainkan dima ubi berisi)
Diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja.
- Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama (gajah mati meninggalkan
gading)
Orang yang berjasa itu akan selalu disebut-sebut orang walau berapa lama pun ia telah mati.
- Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Jika dikehendaki bermacam-macam ikhtiar boleh dijalankan dan demikian kebaikannya.
- Ambil langkah
a. Mulai hendak berjalan
b. Mulai bertindak
- Asam garam
Berbagai-bagai pengalaman hidup (pahit manis, suka duka).
- Buah fikiran
Pendapat
- Ada hati
Keinginan
- Dalam tangan
Dalam kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperoleh.
- Buah mulut
Percakapan (perbualan) orang, buah mulut.
- Alang-alang mandi biar basah (alang-alang/alang-alangan berminyak biar licin, alang-
alang/alang-alangan berdakwat biar hitam).
Jika mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan.
- Umpama (ibarat) telur sesangkak, pecah satu pecah semua(nya), ( seperti telur dua sebanding, pecah satu pecah keduanya)
Orang yang semuafakat itu sama hidup sama mati dan tidak berubah setianya.
- Biar putih (berputih) tulang, jangan (ber)putih mata
Lebih baik mati daripada menanggung malu.
- Kalau kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga
Kalau pengetahuan (kebolehan) itu sedikit, jangan hendak berbuat (melawan dll) sesuatu yang besar.
- Kecil jangan (tidak boleh) disangka anak, besar jangan (tidak boleh) disangka bapa
Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-orang tua sahaja (selalu juga ada pada orang-orang tua).
- Nasi sudah menjadi bubur
Perbuatan yang sudah terlanjur (tidak dapat diubah lagi).
- Kalau(jika)tidak dipecah (kan) ruyung manakan (di mana) boleh (men) dapat sagunya
Tidak akan tercapai cita-cita dengan tidak berusaha.
- (Lemak) manis jangan terus ditelan, pahit jangan (terus) dibuang (dimuntahkan)
Yang nampak baik itu jangan lekas diterima dan yang nampaknya buruk itu jangan lekas ditolak
(harus dipertimbangkan dalam-dalam sebelum sesuatu perkara diterima atau ditolak).
- Hidup segan mati tak mahu
Orang yang hidup melarat (miskin atau selalu sakit-sakit)
- Bersatu teguh, bercerai roboh (cogan kata)
Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat tetapi kalau kita bercerai-berai, kita akan
menjadi lemah.
- Berkatalah benar walaupun pahit
Berterus-terang demi kebenaran walaupun mungkin menyakitkan hati seseorang.
- Kebudayaan Sendi Perpaduan
Kebudayaan menjadi sandaran dalam menyatukan sesuatu bangsa.
- Hidup Ini Satu Perlumbaan
Dalam kehidupan seharian. Kita terpaksa menghadapi pelbagai cabaran dan berlumba-lumba untuk mencapai sesuatu tujuan.
- Tangan yang menghayun (mengayun) buaian mampu menggoncang dunia
Walaupun bersifat lemah-lembut dan keibuan, wanita mampu menyumbangkan tenaga dan idea untuk membangunkan negara.
- Muafakat membawa berkat
Sesuatu kerja yang dilakukan dengan persetujuan bersama akan menghasilkan sesuatu yang baik.
- Kaki ayam
Tidak berkasut atau berselipar
54. Makan angin
Bersiar-siar untuk mendapat angin bersih (berehat-rehat, melapangkan fikiran dll)
Mendapat angin (kapal, layar dll).
55. Buah hati
Orang yang dikasihi, jantung hati.
56. Anak emas
a. anak abdi yang diambil jadi anak angkat oleh tuannya
b. Anak yang diambil sebagai anak oleh orang asing
c. Orang yang dikasihi oleh majikannya (diberikan layanan istimewa)
57. Ringan tulang
Rajin bekerja, tangkas
58. Tulang empat kerat
Anggota badan (kaki dan tangan).
59. Berpeluk tubuh
Berdakap tubuh = berdakap tangan = tidak bekerja, tidak membuat apa-apa.
60. Sayangkan (kasihkan) anak tangan-tangankan, sayangkan (kasihkan bini)isteri tinggal-tinggalkan
Anak yang dimanjakan dan isteri yang diuliti selalu itu akhirnya menjadi sombong
Sayang di anak dilecuti, sayang di negeri ditinggalkan = Yang disayangi itu janganlah dimanja-manjakan.
61. Bagai bulan (purnama) empat belas
Peri keelokan muka perempuan
62. Kalau hendak melentur buluh biarlah dari rebungnya( Tatkala rebung tiada dipatah, ketika sudah aur apa gunanya)
Mengajar seseorang itu hendaklah ketika ia masih muda, kalau sudah besar, tidak akan berhasil lagi.
63. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian
Bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang-senang,
64. Bersekutu bertambah mutu
Bekerjasama antara satu sama lain akan menghasilkan kecemerlangan.
65. Bertangguh itu pencuri masa
Melakukan kerja secara bertangguh akan merugikan diri sendiri.
66. Otak yang cerdas ada pada badan yang sihat
Dengan kesihatan yang baik, seseorang itu mampu mengemukakan fikiran yang bernas.
67. Membaca jambatan ilmu
Ilmu pengetahuan dapat ditingkatkan melalui pembacaan.
68. Masa itu emas
Masa sangat berharga
69. Kata dikota
Janji mesti ditunaikan.
70. kata-kata lebih tajam daripada mata pedang
Perkataan yang dituturkan lebih menyakitkan.
71. Bagai bulan dipagar bintang
Kecantikan makin terserlah apabila dikelilingi orang yang cantik.
72. Terang hati
Terang fikiran = mudah mengerti
73. (Ber) putih mata
Berhiba hati menanggung rindu (seperti orang muda melihat tunangnya diambil orang).
74. Rezeki kalau secupak takkan jadi segantang (kalau secupak tidak boleh jadi segantang)
Sesuatu sudah ditentukan, tidak boleh diubah lagi.
75. Seperti (Bagai) enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing
Tidak muafakat dalam sesuatu perbincangan, hanya berpegang pada pendapat masing-masing sahaja.
76. Darah panas
Pemarah, lekas marah
77. Padang jarak padang tekukur
Padang atau tanah luas yang ditinggalkan (tidak dikerjakan).
78. Kancil juga lupakan jerat @ Pelanduklah yang melupakan jerat, jerat tidak melupakan pelanduk
Orang mudah melupakan bahaya tetapi bahaya tetap mengancam.
79. Anak buah
a. Orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga (negeri dll)
b. Orang yang termasuk dalam sesuatu pasukan atau terletak di bawah tanggungjawab seseorang
c. Pekerja di kapal (kapal terbang dll)
80. Darah daging
Anak atau orang yang mempunyai pertalian darah.
81. Sepakat/Muafakat Membawa Berkat
Sesuatu pekerjaan jika dilakukan melalui pakatan atau mesyuarat akan membawa hasil yang baik.
TINGKATAN 2
1. Ringan tulang berat perut
Sesiapa yang rajin, dia akan beroleh rezeki
2. Ada udang di sebalik batu
Ada hal atau sesuatu yang tersembunyi di sebalik sesuatu perbuatan.
3. Kalau (Jika) tidak dipecahkan ruyung manakan (di mana boleh men) dapat sagunya
Tidak akan tercapai cita-cita dengan tidak berusaha.
4. Genggam bara api biar (sampai) jadi arang
Jika melakukan pekerjaan yang susah haruslah dengan sabar sehingga mendapat nikmatnya nanti.
5. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan
Kalau sudah terlanjur jahat biarlah sampai beroleh hasilnya.
6. Besar hati
a. bangga, gembira
b. Bongkak, sombong
7. Buah hati
Orang yang dikasihi, jantung hati
8. Orang berbudi kita berbahasa = kata hikmat
Orang telah berbudi kepada kita wajar dibalas dengan percakapan yang baik dan sopan.
9. (Mem) Bawa alamat
Menandakan
10. Singkat akal
Tidak bijak, pendek akal, cetek akal, picik.
11. Perang dingin
a. Perang secara saling menggertak, belum menggunakan senjata lagi untuk menyerang dsb.
b. Bergaduh dengan tidak bercakap ( suami isteri dll).
12. Baik sangka
Rasa muhibah
13. Langkah bendul
a. Berkahwin dahulu daripada kakak
b. Memperisterikan adik sedangkan kakaknya belum berkahwin
14. Mencolok mata
a. Mencucuk mata.
b. Nampak jelas kelihatan benar.
c. membangkitkan marah orang yang melihat, menyakitkan hati, memberi malu.
15. Berbalik hati
Berubah hati.
16. Membanting tulang
Bekerja keras (bermati-matian)
17. Batu loncatan
Orang atau tempat yang dipergunakan untuk mencapai sesuatu.
18. Bidan terjun
a. Bidan yang dipanggil secara mendadak (tidak diberitahu terlebih dahulu)
b. Orang yang diminta melakukan sesuatu pekerjaan secara mendadak (kerana orang yang
sepatutnya tidak ada atau tidak hadir)
19. Tangkap maut
Mengambil mana-mana yang sempat (ada) sahaja
20. Lapang dada
Lega, gembira
21. Mati kutu
Tidak dapat berbuat apa-apa
22. Tangkai jering
Kedekut
23. Salah adat
Tidak mengikut adat
24. Jantung hati
Orang yang dikasihi
25. Tumbuk rusuk
Perbuatan rasuah
26. Lain lubuk lain ikan(nya)
Lain negeri lain negerinya
27. Pecah perang
a. Mula terlibat dalam peperangan
b. Kalah perang
28. Berdiri sama tinggi (tegak), duduk sama rendah
Sama taraf atau sejajar dengan.
29. Seperti (bagai) enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing
Tidak muafakat dalam sesuatu perbincangan, hanya berpegang pada pendapat masing-masing sahaja.
30. Muafakat membawa berkat
Sesuatu kerja yang dilakukan dengan persetujuan bersama akan menghasilkan yang baik
31. Bersatu teguh bercerai roboh
Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat tetapi kalau kita bercerai berai, kita akan menjadi lemah.
32. Alah membeli menang memakai
Tidak apalah mahal sedikit harganya asal barang itu kuat (tahan dsb).
33. Alang-alang mandi biar basah (alang-alang/alang-alangan berminyak biar licin, alang-alang/alang-alangan berdakwat biar hitam)
34. Biar titik jangan tumpah
Biar menanggung kerugian kecil jangan menanggung kerugian besar.
35. Indah khabar daripada rupa
Khabar mengenai satu-satu perkara biasanya dilebih-lebihkan (daripada keadaan yang sebenarnya).
36. Malu bertanya sesat jalan, malu berdayung poerahu hanyut.
a. Malu makan perut lapar
b. Kalau tidak mahu berusaha tentulah tidak akan dapat mencapai kejayaan.
37. Jauhari jua yang mengenal manikam
Hanya orang yang bijak sahaja yang mengetahui tentang keelokan ilmu.
38. Sudah terhantuk baru terngadah (tengadah)
Sesudah terkena ( mendapat kesusahan dll) baru beringat-ringat
39. (Baik) Berjagung-jagung dahulu sementara menunggu padi masak (padi belum masak)
Sementara menunggu sesuatu yang lebih baik, yang kurang baik pun boleh dipakai dahulu.
40. Kecil tapak tangan nyiru (saya) tadahkan.
Menyatakan kasih atas nasihat atau pertolongan.
41. Jauh berjalan luas pandangan (banyak pamandangan, lama hidup banyak dirasai)
Orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas pandangannya.
42. Seperti (bagai) aur dengan tebing
Dikatakan mengenai orang yang suka bertolong-tolongan.
43. Bagai ayam disambar helang
Padi ditanam tumbuh lalang = untung yang malang (seperti isteri atau tunangan dirampas orang yang berkuasa.
44. Bagai (seperti) rusa masuk kampung
Tercengang-cengang
45. Seperti lintah menghisap darah
Orang yang mengenakan orang lain untuk mendapat keuntungan yang lebih (bayaran yang tinggi dll).
46. Seperti harimau menyembunyikan (menyorokkan) kuku
Orang berpengetahuan yang menyembunyikan pengetahuannya.
47. Seperti embun di hujung rumput
Tidak kekal dan segera hilang (kasih sayang dll).
48. Ibarat burung, mata terlepas badan terkurung
Walaupun terpelihara baik tetapi tidak mempunyai kebebasan.
49. Seperti (bagai) hujan jatuh ke pasir
Kebaikan (pertolongan dll) yang sia-sia (tidak berbalas)
50. Sayang seribu kali sayang
Kasihan sungguh, berasa belas sungguh
51. Campur tangan
a. Mengambil bahagian dalam atau memasuki hal orang (kejahatan dll)
b. Terkait atau terlibat dalam hal orang dll.
52. Kalau tidak berada-ada, tak akan tempua bersarang rendah
Tentu ada sebabnya (ada sesuatu yang tersembunyi) maka terjadi sesuatu hal.
53. Seperti api dalam sekam (seperti api makan (dalam ) sekam )
Sesuatu yang berlaku dengan diam-diam.
54. Biar putih tulang, jangan putih mata ( berputih tulang, jangan berputih mata = Lebih baik berputih
tulang daripada berputih mata)
Lebih baik mati daripada menanggung malu.
55. Membaca Jambatan Ilmu = Kata Hikmat
Ilmu diperoleh menerusi pembacaan
56. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
Baik buruk sama-sama dipikul (semuafakat).
57. Ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni, ke laut sama direnangi.( bukit sama didaki, lurah sama dituruni = ke bukit sama mendaki, ke lurah sama menurun)
Sepakat (seia sekata).
58. Dapat sama laba, cicir sama rugi
Jika sesuatu pekerjaan itu mendapat keuntungan, maka keuntungan itu diberikan sama rata dan jika sebaliknya, kerugian akan ditanggung bersama-sama.
59. Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.
Waktu hidup hendaklah mengikut peraturan dan kebiasaan yang berlaku, setelah mati terserlah kepada Tuhan.
60. Rupa tak dapat diubah, perangai dapat diubah
Perangai seseorang dapat diubah sedangkan penampilannya dari segi fizikal akan tetap sama.
Lawannya : Rupa dapat diubah, perangai tak dapat diubah.
61. Kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa ( kecil jangan (tak boleh) disangka anak, besar jangan (tak boleh) disangka bapa)
Pengetahuan dan kelebihan itu tidak khusus pada orang-orang tua sahaja (selalu juga ada pada orang-orang muda).
62. Merajuk pada yang kasih, manja pada yang sayang, meminta pada yang ada. (merajuk kepada yang
kasih (sayang) )
Barang kehendak janganlah yang mustahil (hendaklah mana yang mungkin).
63. Bagaimana acuan, begitulah kuihnya
Anak itu mengikut sikap dan rupa ibu bapanya kerana faktor baka. (bapa borek anak rintik).
64. Buah fikiran
Pendapat
65. Buah mulut
Percakapan (perbualan) orang, buah bibir.
66. Durian runtuh (dapat durian runtuh)
Mendapat keuntungan dengan tidak disangka-sangka atau dengan tidak bersusah payah.
67. Jinak-jinak merpati
Perempuan yang kelihatan senang diperdaya tetapi sebenarnya tidak.
68. Lintah darat
Orang yang makan riba.
69. Pening-pening lalat
Pening-pening pikat = berasa pening-pening sedikit.
70. Tangkai jering
Kedekut.
71. Bunga dedap ( Laksana bunga dedap, sungguh merah berbau tidak)
Orang yang elok dan tampan tetapi tiada berbudi.
72. Tidur-tidur ayam
Tidur yang tidak nyenyak
73. (seperti) Kera sumbang
Orang yang takut (tidak gemar) mencampuri orang ramai.
74. Menapak baru setapak, mendaki baru sekaki
Baru hendak belajar sesuatu atau baru hendak memulakan sesuatu usaha.
75. Orang mengantuk disoringkan bantal
Mendapat sesuatu yang sangat-sangat dikehendaki (diingini).
76. Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai
Lamun takut dilanggar batang, jangan duduk di kepala pulau = jikalau takut akan susah, jangan dibuat sesuatu pekerjaan.
77. Mulut manis
Lemah lembut dan baik tutur katanya.
78. Umpama biawak bercabang lidah (lidah bercabang, lidah biawak)
Tidak tetap perkataan, tidak boleh dipercayai perkataannya.
79. Umpama lebah membuang sengat
Orang yang meninggalkan sikap suka mengata dan mengeji orang.
80. Berputih mata
Berhiba hati menanggung rindu (seperti orang muda melihat tunangnya diambil orang).
81. Diam ubi berisi ( diam ubi lagi kental, diam besi lagi sentil – bukannya diam penggali berkarat,
melainkan diam ubi berisi)
Diam orang yang berilmu itu berfikir, sementara diam orang yang bodoh itu sia-sia sahaja.
82. Pinang pulang ke tampuk
Sudah cocok benar (sudah pada tempatnya).
83. Kuah tumpah /tertuang /tertunggang ke nasi atau (ke mana tumpah nkuah kalau tidak ke nasi)
a. Dikatakan mengenai anak yang dikahwinkan dengan kemanakan (anak saudara perempuan)
b. Sememangnya begitu, sudah seharusnya, sudah sewajarnya.
c. Baik buruk seorang bapa itu sedikit sebanyak turun ke anaknya.
84. Makan angin
a. Bersiar-siar untuk mendapat angin bersih (berehat-rehat, melapangkan fikiran, dll)
b. Mendapat angin (kapal, layar, dll)
85. Bertikam lidah
Bertengkar
86. Panas baran
Panas bala = panas darah = cepat marah, sangat pemarah.
87. Gila-gila bahasa
Rempang bahasa, kurang sihat sedikit atau tidak panjang fikirannya (cepat marah, pemberani,
tidak malu, dll perangainya).
88. Darah daging
a. Anak kandung
b. Kaum kerabat sendiri
89. Suara hati
Perasaan hati (untuk membezakan antara baik dengan buruk).
90. Sepoi-sepoi bahasa
Perlahan-perlahan atau lemah lembut (tiupan angin), silir-semilir.
91. Beradu nasib
Mencuba membuat atau mendapatkan sesuatu dengan harapan akan beroleh kejayaan.
92. Isi hati
Isi dada = isi perut = perasaan atau fikiran.
93. (Seperti) Talam dua muka
Perihal orang yang berbuat baik kepada dua orang yang berseteru (untuk keuntungan diri sendiri).
94. Beradu tenaga
Bertanding untuk menentukan siapa yang kuat.
95. Khabar angin
Desas-desus, khabar yang belum sah, gelagat bahawa sesuatu akan terjadi.
96. Terdengar guruh di langit, air tempayan dicurahkan (harapkan guruh di langit, air tempayan dicurahkan)
Kerana mengharapkan sesuatu yang belum tentu, barang yang tersedia dilepaskan.
97. Setahun jagung ( Umur setahun jagung (darah setampuk pinang)
Seseorang yang masih muda, kurang berakal dan belum berpendapat.
98. Anak angkat
Anak yang diambil dan dijadikan anak sendiri.
99. Mabuk laut
Pening dan muntah-muntah dalam pelayaran (dengan kapal atau perahu).
100.Sampai hati
Sampai hemat = berasa tidak segan-segan lagi, tergamak melakukan sendiri.
TINGKATAN 3
- Di mana ada kemahuan, disitu ada jalan
Jika kita berhasrat kepada sesuatu, kita pasti akan beroleh cara untuk mendapatkannya.
- Ilmu itu pelita hati
Ilmu pengetahuan menjadi panduan untuk membuat keputusan yang bijak.
- Buah tangan
a. Hasil pekerjaan
b. Barang yang dibawa di perjalanan, oleh-oleh.
- Ada jalan
Ada cara, ikhtiar, usaha.
- (kalau) tidak ada rotan, akar pun berguna/jadi
Kalau tidak ada yang baik sekali, yang kurang baik pun berguna juga.
- Belum duduk sudah berlunjur
Menganggap sudah memperoleh atau memiliki sesuatu perkara yang belum pasti dapat dimiliki atau dikuasai atau bergirang dahulu sebelum maksud tercapai.
- Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas (terhentak)
Berhenti bekerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik daripada dipecat.
- Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih
Jika dikehendaki bermacam-macam macam ikhtiar boleh dijalankan dan demikian kebalikannya.
- Kemenyan sebesar lutut, jika tidak dibakar, tidak akan berbau
Kebolehan yang dimiliki oleh seseorang, jika tidak digunakan dengan betul tidak akan mendatangkan faedah.
- Hendak belajar berenang dapatkan itik, hendak belajar memanjat dapatkan tupai
Jika kita hendak mempelajari sesuatu, kita perlulah belajar daripada orang yang pakar dalam hal tersebut.
- Bagai (seperti) menatang minyak yang penuh
Sangat dikasihi dan dipelihara dengan sempurnanya.
- Membuka pekung di dada
Meraih pekung ke dada
- Besar pasak daripada tiang
Besar belanja daripada pendapatan.
14. (Berapa) Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
Betapa juga susah orang yang melihat sesuatu kesusahan orang lain, terlebih susah lagi orang yang menanggungnya.
15. Yang dikejar tak dapat, yang dikendong (dikandung) berciciran
Apa yang dicari itu tidak diperoleh, barang yang ada pula hilang atau habis.
16. Kacang hantu
Orang jahat.
17. Mengangkat bendera putih
bendera yang dinaikkan sebagai tanda menyerah.
18. Belayar sambil memapan,(merapat)sambil belayar
Sekali melakukan kerja, dua tiga maksud tercapai.
19. Berkayuh sambil bertimba
20. Ke sungai sambil mandi
Sekali melakukan pekerjaan,
21. Sambil menyelam, minum air maksud tercapai
22. Sambil berdendang, biduk ke hilir
23. Sekali membuka pura, dia tiga hutang berbayar
(sekali merengkuh dayung, dua tiga pulau terlampau)
24. Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum juga(pula)
Orang yang bersaudara (sekaum) itu tidak akan bercerai kerana perselisihan.
25. (seperti) ikan pulang ke lubuk
Orang yang telah balik ke tempat asalnya payahlah hendak berdagang semula.
26. Belut kena ranjau (getah)
Orang yang cerdik kena tipu.
27. Alang-alang/alang-alangan berminyak biar licin(Alang-alangan mandi biar basah, alang-
alang/alang-alangan berdakwat biar hitam)
Jika mengerjakan sesuatu janganlah sekerat jalan.
28. Bersatu teguh, bercerai roboh
Kalau kita bersatu padu, kita akan menjadi kuat tetapi kalau kita bercerai-berai, kita akan
menjadi lemah.
29. Enggang lalu ranting patah
Orang jahat akan selalu dituduh apabila berlaku sesuatu musibah.
30. Seperti aur ditarik songsang
Membuat sesuatu kerja yang sangat sukar.
31. Ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya.
Kemuliaan seseorang yang berpangkat tidak akan hilang kerana bergaul dengan orang biasa.
32. Kalau tiada angin bertiup, takkan pokok bergoyang = tak sebab kerana angin, pokok
kayu mahukah bergoyang
Tidak mungkin sesuatu itu berlaku (diperkatakan orang dll,) jika tidak ada sebabnya.
33. Bagai kerakap tumbuh di batu, hidup segan mati tak mahu
Keadaan hidup seseorang yang sangat miskin dan melarat.
34. Biar mati anak, jangan mati adat
Tidak mengapa jika mengorbankan anak asalkan adat yang dipegang dipelihara.
35. Atas angin
Negeri atas angin = Negeri yang dipandang sebagai asal angin (seperti India, Iran, Arab
dan juga Eropah)
36. Bawah angin
Tempat angin datang (kepulauan Melayu)
37. Langkah kanan
Mujur.
38. Langkah kiri
Sial (tidak beruntung)
39. Lembut hati
Baik hati, elok perangai (budi bahasa), sopan.
40. Berat mulut
Berat bibir = tebal bibir (tidak suka berkata-kata, pendiam).
41. Otak cair (cair otak)
Pandai
42. Diam-diam ubi (berisi)
Pendiam tetapi banyak berfikir atau berpengetahuan.
43. Tidur ayam
Tidur yang tidak nyenyak.
44. (Mem) buka mata
a. Meluaskan pandangan serta pengalaman dengan melawat tempat orang.
b. menyedarkan, menginsafkan.
44. Beri jalan
Memberikan idea (cara ikhtiar dll).
45. Dalam tangan
Dalam kekuasaan (kemampuan, milik) seseorang, sudah tentu dapat atau akan diperolehi.
- Makan angin
a. Bersiar-siar untuk mendapat angin bersih (berehat-rehat, melapangkan fikiran dll).
b. Mendapat angin (kapal, layar dll).
- Ayam tambatan
Orang harapan
- Darah seni
Bakat semula jadi (yang diwarisi) dalam bidang seni.
- Keras lidah (lidah keras)
Tidak dapat menyebut sesuatu perkataan dengan betul, telor.
- Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan (itik berenang dalam air (di laut)
mati kehausan
Menderita kesusahan meskipun banyak wang atau berpangkat tinggi.
- Ibarat (seperti) melukut di tepi gantang
a. Tidak dapat menolong sebab dirinya sendiri susah.
b. Seseorang yang dipandang ringan oleh orang lain sebab tiada berkuasa.
- Anak ayam disambar helang (bagai ayam disambar helang)
Mati tanpa sakit.
- Takkan lari gunung dikejar (hilang kabut tampaklah dia)
Tidak perlu bergopoh –gapah mengerjakan sesuatu yang sudah tentu.
- Bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana muafakat (bulat air oleh pembuluh,
bulat kata oleh muafakat)
Kata sepakat tercapai dengan mesyuarat.
- Sehelai sepinggang
Pakaina yang ada pada tubuh sahaja.
- Otak batu (otak beku)
Bodoh.
- Buah hati
Orang yang dikasihi, jantung hati.
- Ikat pinggang (ikat perut)
Mengurangkan makan kerana kemiskinan.
- Habis madu sepah dibuang
Digunakan sesuatu sewaktu ada perlunya sahaja, setelah itu ditinggalkan.
- Bintang timur (bintang barat, johar, kejora, pagi, zuhrah)
Bintang yang kelihatan terang pada petang dan dinihari.
- Lupa daratan
Melupakan tujuan asal kerana tenggelam dalam arus kemewahan serta kesenangan dunia.
- Kaki joli
Orang yang suka joli.
- Kaki minum
Orang yang suka minum arak
- Kaki perempuan
Orang yang suka main perempuan.
- Kaki judi
Orang yang suka berjudi.
- (Hutang) keliling pinggang
Terlalu banyak hutang.
- Darah daging
a. anak kandung
b. Kaum kerabat sendiri
- Orang baru
a. Orang yang baru bekerja
b. Orang yang baru datang ke atau tinggal di sesuatu tempat
c. Orang yang baru berkahwin
d. Anak yang akan atau baru dilahirkan.
- Sambil menyelam minum air
Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai.
- Masa itu emas
Masa sangat berharga.
71. Akal yang sihat itu ada pada badan yang cergas
Orang yang sihat tubuh badan memiliki fikiran yang baik atau idea yang bernas.
- Sediakan payung sebelum hujan
Hendaklah bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang baik.
- Sudah terhantuk baru terngadah (tengadah)
Sesudah terkena (mendapat kesusahan dll) baru beringat-ingat.
- Terkilas ikan di (dalam) air sudah tahun jantan betinanya.
Orang yang bijaksana dapat mengetahui maksud (dalam dangkalnya ilmu) seseorang itu daripada gerak-geri.
- Tiada beban batu digalas ( tiada beban dicari beban, pergi ke pulau batu digalas)
Mencampuri perkara orang dan beroleh kesusahan sendiri.
- Naik darah
Menjadi marah.
- Buta hati
a. Tidak berhari perut, kejam
b. Gelap fikiran (tidak berpengetahuan)
No comments:
Post a Comment