TAJUK KARANGAN BERKISAR PERISTIWA DI SEKOLAH
SUMBER: BUKU TEKS TINGKATAN 1
Anda
dan beberapa orang rakan anda telah berbual-bual tentang cara memperindah
kawasan sekolah. Tulis dialog anda bersama dengan rakan anda selengkapnya.
2. Tulis
karangan keperihalan tentang pengalaman ketika ditugaskan menjaga kedai koperasi sekolah.
3. Tulis
sebuah karangan tentang persiapan yang
perlu dilakukan sebelum menyertai perkhemahan pasukan beruniform sekolah.
4. Baru-baru
ini sekolah anda telah melaksanakan larian merentas desa. Tulis sebuah karangan tentang peristiwa
tersebut.
5. Faedah
menyertai pasukan beruniform di sekolah.
6. Sekolah
anda telah melaksanakan program lawatan. Tulis laporan lawatan tersebut
selengkapnya.
7. Anda
telah dilantik sebagai Pengerusi Kelab
Alam Sekitar yang baru sahaja ditubuhkan secara sukarela. Kelab tersebut
mengadakan ceramah tentang cara-cara menjaga alam sekitar. Anda diminta
menyampaikan ceramah.
8. Perbualan
dengan guru bagi mendapatkan khidmat nasihatnya bagi mencapai cita-cita.
9. Tulis
karangan mengenai satu persatuan yang terdapat di sekolah anda.
1 Perbualan
dengan rakan anda yang berjaya memenangi tempat pertama dalam pertandingan menulis puisi.
1.
1.
TAJUK KARANGAN BERKISAR PERISTIWA DI SEKOLAH
SUMBER: BUKU TEKS TINGKATAN 2
- Faktor-faktor yang menentukan
pelajar cemerlang.
- Tulis sebuah karangan
untuk menceritakan aktiviti anda semasa cuti sekolah.
- Sekolah anda telah
mengadakan acara kejohanan olahraga tahunan. Gambarkanlah suasana pada
hari tersebut dari mula hingga akhir.
- Seorang pemberita majalah
sekolah anda telah menemu ramah anda tentang cara pengisian kemerdekaan.
- Persatuan Bahasa Melayu
sekolah anda ingin mengadakan aktiviti Minggu Bahasa dan Budaya. Anda
selaku setiausaha persatuan dikehendaki menulis surat kepada guru besar sebuah sekolah orang asli untuk
menjemput beberapa orang pelajar sekolah tersebut mengadakan persembahan
budaya di sekolah anda. Tulis surat tersebut dan nyatakan bahawa segala
perbelanjaan akan ditanggung juga
oleh PIBG sekolah anda.
- Sempena dengan Bulan
Bahasa dan Sastera di sekolah anda telah diminta menyampaikan ceramah yang
bertajuk ‘ Kepentingan Amalan
Nilai-Nilai Murni’.
- Faedah aktiviti lawatan
kepada pelajar.
- Guru kelas anda akan
berpindah ke sekolah lain. Sebagai ketua kelas, anda diminta menyampaikan
ucapan dalam satu majlis jamuan perpisahan.
TAJUK KARANGAN BERKISAR PERISTIWA DI
SEKOLAH
SUMBER: BUKU TEKS TINGKATAN 3
- Sekolah Harmoni
- Kepentingan persekitaran
sekolah yang ceria.
- Kepentingan suasana
pembelajaran yang kondusif.
- Faktor-faktor
kecemerlangan diri.
- Sekolah selamat
- Pengetua di sekolah anda
akan bersara. Sebagai pemberita majalah sekolah, sediakan temu ramah anda.
- Satu pertandingan perbahasan
di adakan di sekolah anda. Tajuk perbahasan ‘Perubatan Tradisional Mendatang Kesan yang Buruk kepada Pengguna.’ Sediakan hujah-hujah anda.
- Pihak sekolah telah
mengadakan majlis jamuan dan penyampaian sijil penghargaan sempena kejayaan anda yang telah
memenangi pingat emas dalam salah satu acara Kejohanan Olahraga Majlis
Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM). Tulis ucapan selengkapnya.
- Selaku setiausaha Hari Kantin sekola, anda diminta oleh
Pengetua sekolah menyediakan laporan tentang persediaan bagi menjayakan
hari tersebut.
- Anda berjaya melanjutkan
pelajaran dalam bidang kejuruteraan di
IPT di negara ini. Tulis sepucuk surat kepada Pengetua sekolah anda
untuk mengucapkan terima kasih ata segala tunjuk ajar guru-guru.
- Anda telah menyertai
pasukan unit beruniform sekolah berkhemah di hutan lipur. Ceritakan
suasana dan pengalaman yang anda peroleh.
No comments:
Post a Comment