Glittery texts by bigoo.ws
Glittery texts by bigoo.ws
Hampir setiap hari media massa membuat liputan tentang peningkatan kadar kemalangan jalan raya. Cadangkan langkah-langkah yang boleh diambil bagi menanganinya.
(Peperiksaan Percubaan PMR, Johor, 2009)
Isi Cadangan (Isi-isi lain yang relevan juga diterima)
Langkah-langkah Mengurangkan Kadar Kemalanagan Jalan Raya.
1. Menyediakan sistem jalan raya yang baik dan teratur.
• Melebarkan jalan/membina lebuh raya
• Memperbaik jalan raya yang berlubang/rosak
• Membina jejambat/membanyakkan jalan satu hala
2. Membuat perancangan bandar yang teratur
• Membina kilang di kawasan luar bandar
• Mengadakan jalan raya bertingkat
• Mengelakkan laluan penting merentasi bandar
3. Penguatkuasaan undang-undang
• Tindakan kepada pengguna jalan yang melanggar undang-undang
• Membanyakkan penguat kuasa
• Hukuman berganda bagi mereka yang melakukan kesalahan yang berulang
4. Zon Khas
• Membanyakkan kenderaan awam di kawasan zon kereta penuh penumpang
• Zon jalan kaki
• Berkongsi kereta
5. Kesedaran masyarakat
• Meletakkan kereta di luar zon khas.
• Melaksanakan kempen berkongsi kereta
• Menggunakan kenderaan awam.
Penutup:
• Mengurangkan kesesakan boleh mengurangkan kadar kemalangan.
• Semua phak harus mengatasi masalah ini secara bersama-sama
(Anda boleh mengemukakan isi-isi lain yang difikirkan sesuai. Anda juga perlu membuat rujukan untuk menulis karangan ini)
Glittery texts by bigoo.ws
Topik : Membetulkan Kesalahan Kata atau Istilah dan Kesalahan Bahasa
Latihan 1:
Dalam ayat-ayat di bawah, terdapat kesalahan penggunaan kata atau istilah atau kesalahan tatabahasa. Kenal pasti dan betulkan kesalahan-kesalahan itu dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.
1) Konsert itu dibatalkan oleh kerana tidak mendapat surat daripada pihak polis.
2) Semua peserta-peserta yang menjadi johon Kuiz Alam Sekitar telah dirayakan oleh Persatuan Alam sekitar
3) Perbalahan di antara kedua-dua orang kuat pertubuhan itu telah disuraikan dalam satu rundingan yang telah diadakan.
4) Alif tidak menyangka yang cerpen yang ditulisnya itu mencapai hadiah utama.
5) Farisha menangis terhinggut-hinggut bila diberitahu tentang berita yang sedih itu.
6) Berbagai jenis pakaian ada dipamerkan di Pameran Busana Tradisional Melayu yang diadakan sehabis seminggu.
7) Beliau berharap program tuisyen secara percuma itu akan dapat memberikan untung kepada penduduk Kampung Tengah.
8)Keropok lekor itu sangat sedap sekali diculik dengan cili sos walaupun rasanya agak pedas sedikit.
9) Sultan Melaka menitahkan kepada para pembesar negeri agar menunjukkan fikiran yang baik kepada rakyat jelata.
No comments:
Post a Comment