Tiba-tiba pintu hati saya diketuk untuk menulis perkara yang berkaitan bidang kerjaya. Pandangan dan tanggapan yang sempit dan boleh juga diklasifikasikan mitos terhadap kerjaya ini perlu dikikis terus dari terus berakar umbi dalam atma murid-murid serta ibu bapa.
Menyebak-nyebak kejayaan tokoh dan profesional tempatan, Profesor Diraja Ungku Aziz, Datuk Profesor Dr. Nik Safiah Karim, Dato' Profesor Dr. Asmah Omar, dan sebagainya membuktikan bahawa 'orang bahasa' juga boleh mencapai kejayaan cemerlang dalam kerjaya ini. Antara contoh lain ialah pengacara tersohor Dato' Mahadzir Lokman yang dianugerahkan Orde Les Palmes Academique oleh kerajaan Perancis pada tahun 2006 kerana memperkembangkan kebudayaan Perancis, khususnya bahasa Perancis di luar Perancis.
Berikut ialah bidang dan kerjaya bahasa yang boleh diceburi oleh para pelajar:
a) Penyiaran
- juruhebah, pengulas sukan, penerbit drama, filem, penulis skrip, pengacara rancangan/majlis
b)Harta tanah/perumahan
-pegawai dokumen, pegawai pengiklanan, pegawai perhubungan awam
c)Bahasa dan Kebahasaan
-pegawai perancang bahasa, penyelidik bahasa, pegawai perhubungan awam, pengajar, penyunting, penterjemah,jurubahasa
d) Muzium/arkib
-penyelidik, penulis dokumen, pengurus pameran, kurator(pemegang amanah), penulis
e) Pendidikan
-pensyarah, guru, tutor, pentadbir, ketua jabatan/bahagian/unit bahasa
f) Perundangan
-jurubahasa
g)Perniagaan
-jurujual, pegawai pengiklanan, pegawai pemasaran,pegawai perhubungan awam
h) Pelancongan
-pemandu pelancong
i) Bahasa dan Sastera
-penulis, cerpenis, novelis, penerbit, penyunting
No comments:
Post a Comment