.jpg)
Menyasarkan sejumlah 6000 buku pelbagai cabang ilmu di Pusat Sumber pada tahun ini begitu
mengujakan saya.
Apa yang terbayang di cepu fikir saya ialah Pusat Sumber akan dilimpahi buku. Apa yang menarik, selaku salah seorang AJK yang dilantik dalam komuniti tersebut, saya dipertanggungjawabkan menyenaraikan buku mengikut bidang yang bakal ditetapkan nanti.
Secara peribadi, saya bercadang menyenaraikan buku yang berkaitan dalam bidang bahasa terutamanya prospek kerjaya dalam bidang bahasa. Prospek ini amat cerah, tidak picik dan berupaya menjana pulangan yang memuaskan, asalkan jikalau pandai menggulai, badar pun menjadi tenggiri.
Buku-buku yang mencakupi bidang-bidang lain seperti perdagangan antarabangsa, diplomasi, perisikan, kewartawanan, komunikasi, penterjemahan,penerbitan, perubatan, perundangan, penyiaran, pelancongan,penyelidikan, keselamatan dan seumpamanya perlu diperbanyak di Pusat Sumber.
Saya berharap usaha ini akan mendapat kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam kalangan guru,ibu bapa, murid-murid dan masyarakat sekeliling.
No comments:
Post a Comment