Masa: 10.00 pagi hingga 11.30 pagi Lokasi: Serdang, Selangor
Lokasi pertama lawatan ialah Kilang Coklat Beryl's di Serdang. Wow, dunia coklatku sudah bermula. Kesempatan menjelajahi kilang yang hampir 70 % produknya adalah untuk dieksport manakala hanya 30% sahaja dipasarkan di dalam negara tidak dipersiakan oleh peserta lawatan. Semasa berada di ruang taklimat, aroma coklat umpama penyembur minyak wangi yang sentiasa menyinggah di deria bau. Tayangan video berkaitan dengan dunia coklat benar-benar dimanfaatkan oleh peserta lawatan. Menurut Puan Kelly, pegawai perhubungan awam yang ditemui, kilang ini telah didirikan pada tahun 1995. Kilang yang dimiliki oleh sepenuhnya oleh warga tempatan. Menurut beliau, hampir 100% koko diperoleh dari Ghana. Produk ini juga hanya boleh didapati di pasar raya besar seperti Jaya Jusco, Isetan, dan Giant. Hebat betul produk yang sudah sekian lama mendapat pasaran di luar negara ini.
Selepas selesai menyaksikan cara produk dihasilkan, kami berpeluang menghabiskan duit semahunya di sebuah kedai. Kesempatan ini diambil dengan membeli produk yang sememangnya tiada di pasaran negara lantas saya juga turut menerbangkan sejumlah RM50.oo untuk membeli pelbagai jenis coklat. Walaupun coklat kami mencair bukan di dalam mulut tetapi akibat cuaca panas namun kepulangan kami tetap diiringi senyuman kepuasan.
Tahniah kepada semua guru dan pelajar yang terlibat.
No comments:
Post a Comment